Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertahankan jawatan presiden parti itu dicabar oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Turut menawarkan diri seorang lagi iaitu Mohd Faiz Azlee Sham.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, seramai tiga calon akan merebut jawatan Timbalan Presiden Bersatu yang tidak dipertahankan oleh penyandangnya Mukhriz pada pemilihan kali ini.