Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan pihak tidak bertanggung jawab yang menggunakan nama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mendakwa sedang menjalankan program imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.

MKN dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk tujuan tersebut.

“Jangan benarkan sesiapa untuk masuk ke rumah bagi tujuan tersebut.

“Sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya,” katanya.

Untuk rekod, masih tiada vaksin ditemui bagi mencegah wabak Covid-19 setakat ini. Maka program imunisasi wabak tersebut adalah palsu sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.