TERKINI : Kedai Kopi dan Restoran Buka Seperti Biasa, Untuk Belian ‘TAKE AWAY’ – Menteri KPDNHEP

Kerajaan membenarkan kedai makanan dan restoran boleh meneruskan operasi ketika perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa esok. Bagaimanapun, ia hanya untuk dibungkus dibawa balik atau melalui atas talian sahaja.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, orang ramai tidak dibenarkan untuk makan atau berkumpul beramai-ramai di premis-premis berkenaan.

“Terpulang kepada kebijaksanaan pengendali restoran atau peniaga untuk menjual barangan makanan namun hanyalah untuk belian ‘take away’ atau membelinya melalui atas talian.

“Kita tidak galakan apa-apa aktiviti berkumpul dalam kuantiti besar di luar, jadi untuk makan-makan di luar tidak boleh.

“Pasar malam juga tidak boleh ya, apa guna kita keluarkan perintah kawalan pergerakan jika semua ini dibuka, objektif perintah itu tidak masuk akal nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast