Proses saringan sebahagian peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

HANOI – ‪Vietnam mengesahkan satu lagi jangkitan koronavirus yang dikaitkan dengan perjumpaan tabligh di Malaysia.

Kementerian Kesihatan berkata, pesakit itu seorang lelaki berusia 36 tahun yang pulang ke Vietnam pada 4 Mac lalu menaiki pesawat VieJet penerbangan VJ826 dari Kuala Lumpur.

”Lelaki berusia 36 tahun adalah pesakit ke-67, yang hadir dalam acara di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang dihadiri 16,000 orang.

”Dia juga adalah pesakit kedua Vietnam yang berkaitan dengan acara tersebut,” kata Kementerian Kesihatan Vietnam.

Susulan pengesahan positif Covid-19, penduduk kampung lelaki itu kini diletakkan dalam perintah kawalan selama 28 hari mulai malam Selasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast