LONDON – Sadio Mane terus berbakti kepada penduduk di negaranya, Senegal apabila menyumbangkan £41,000 (RM216,000) bagi mencegah penularan Covid-19, lapor The Sun.
Sehingga kini, sebanyak 27 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di Senegal.
Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun itu juga telah menyumbangkan dana untuk membina sekolah dan hospital di Senegal.
Selain itu, Mane juga sering membuat sumbangan pakaian seperti jersi bola sepak kepada kanak-kanak di Senegal untuk memberi galakan di peringkat muda.
Buat masa ini, kem Liverpool masih lagi bebas daripada sebarang wabak tersebut namun padang latihan di Melwood masih dilarang digunakan untuk sebarang sesi latihan.
Liga Perdana Inggeris pula ditangguh sehingga 3 April ketika Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk menjulang piala buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun. – MalaysiaGazette