Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan sejak dua hari lalu telah meminta semua premis perniagaan termasuk kilang ditutup selama dua minggu, namun masih ada lagi degil.
Malah di kala negara dilanda dengan wabak pandemik Covid-19 yang juga telah meragut dua nyawa dengan hampir 1000 kes positif penyakit itu, ada juga dilihat cuba ambil kesempatan.
Di kala premis perniagaan lain yang bukan asas di arah di tutup, ada pula pasar raya membuka dan menjual barangan bukan asas termasuk produk elektrik, pakaian, kasut, aksesori, buku, cenderamata dan banyak lagi.
Alasan yang diberikan oleh pasar raya ini termasuklah mendakwa telah mendapat kebenaran ‘sepenuhnya’ daripada pihak berkuasa untuk beroperasi yang kemudian mengundang rasa tidak senang dalam kalangan rakyat mahupun premis kedai lain.