Alex Song

LONDON – Kelab Switzerland, FC Sion mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak dua orang bekas pemain Arsenal, Alex Song dan Johan Djourou serta tujuh lagi pemain lain berikutan wabak Covid-19.

Sembilan pemain itu menolak cadangan kelab untuk tidak membayar gaji oleh kerana saingan liga ditangguh sehingga 30 April ini.

Justeru, Presiden FC Sion, Christian Constantin bertindak menamatkan kontrak sembilan tersebut selepas menolak cadangannya.

Bekas pemain kebangsaan Switzerland, Djourou dan pemain tengah Cameroon, Song turut disertai Pajtim Kasami, Ermir Lenjani, Xavier Kouassi, Seydou Doumbia, Mickael Facchinetti, Christian Zock, Birama Ndoye meninggalkan kelab yang pernah menjuarai liga domestik sebanyak dua kali.

Switzerland sehingga kini telah merekodkan sebanyak 3,800 kes positif koronavirus termasuk 33 jumlah kematian.

Sementara itu di Jerman, pemain kelab Borussia Monchengladbach setuju untuk menerima potongan gaji untuk membayar gaji kakitangan yang lain.

Di liga Perancis pula, kelab Amiens turut melakukan perkara yang sama untuk menampung perbelanjaan kelab yang tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast