KUALA LUMPUR – Warga Kuala Lumpur yang telah pulang ke kampung halaman diminta terus tinggal di sana sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana anak mereka tidak akan ke sekolah dan ibubapa yang bekerja di sektor awam dan kerajaan pula tidak perlu pergi bekerja sehingga 31 Mac ini.
“Jangan kerana anak tak sekolah, ada nak pulang ke KL
“Nak habis waktu mereka tak kerja di KL, teruskan tinggal di kampung, jangan pulang ke KL.
“Begitu juga yang dah balik (kampung) tapi kita tak benarkan, tinggal di rumah masing-masing (di kampung),” katanya semasa sidang media yang disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen RTM hari ini.
Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini, bagi mengekang penularan Covid-19 di negara ini.
Perintah tersebut dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Bagaimanapun, orang awam khususnya di Lembah Klang mengambil kesempatan daripada pelaksanaannya dengan pulang ke kampung halaman sehingga menyebabkan kesesakan di lebuh raya.
Perbuatan tersebut dikhuatiri boleh menularkan lagi virus tersebut di luar Lembah Klang. – MalaysiaGazette
Nak balik sgt kannn.. Duk diam2 kat kg tu..