KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak Covid- 19 mulai jam 12.01 pagi, hari Ahad ini.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa seperti mana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan, kata Pejabat Perdana Menteri.
Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut. – MalaysiaGazette
Lepas ini janganlah tuduh tentera hanya makan tidur sahaja, mereka bersedia berkorban untuk negara supaya rakyat aman dan selamat. Sekarang peperangan pun sudah alaf baru, mencegah virus.