KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$103.0 bilion pada 13 Mac 2020.
Jumlah itu susut berbanding AS$103.4 billion pada 28 Februari lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette