Bekas menteri dan pemimpin Parti Warisan itu juga dianggap tidak memahami pengorbanan anggota keselamatan dalam memelihara kedaulatan negara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tentera akan digerakkan mulai Ahad ini untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini dipatuhi rakyat sepenuhnya.

Langkah ini dibuat selepas polis mendapati masih ramai lagi rakyat yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kedua semalam.

Bagaimanapun, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, bantuan tentera itu tidak melibatkan darurat seperti berita palsu yang tular sejak semalam.

Tegasnya, kerajaan tidak ada hasrat atau perancangan ke arah itu.

Sebaliknya, kerajaan yakin dengan bantuan tentera, kawalan dan pematuhan perintah itu akan dipatuhi dengan lebih baik.

“Meskipun terdapat peningkatan pematuhan semalam, tetapi masih terdapat insiden rakyat yang tidak peduli arahan kerajaan dan polis.

”Misalnya ada kumpulan membawa anak-anak ke taman permainan, berada di kedai makan bersama-sama rakan. Walaupun diarah bersurai oleh polis tetapi ada yang ingkar,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Jelasnya, sungguhpun polis boleh menggunakan Akta Polis 1967 untuk tindakan lebih keras tetapi untuk peringkat awal ini, pihak berkuasa itu akan terus menasihat dan bertindak secara berhemah.

“Namun, polis ada memaklumkan bahawa jika mereka tidak boleh berkompromi lagi, tindakan undang-undang akan digunakan,” tambah Ismail Sabri.

Menurut beliau lagi, penggunaan pasukan tentera dalam memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.

Ini kerana, di bawah Seksyen Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 pula memberi kuasa Menteri Kesihatan untuk melantik mana-mana agensi yang difikirkan perlu untuk membuat kawalan.

Oleh sebab itu, polis sudah diberi kuasa oleh Menteri Kesihatan dan begitu juga tentera.

”Jadi, tidak perlu dipersoalkan kuasa polis dan tentera yang telah mendapat perintah daripada kerajaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jangan pulak makin ramai org beratur nak tengok kete kebal… ingt sikit mesia ni ramai yg tak centre mcm org yg ckp hari tu…

Comments are closed.