KUALA LUMPUR – Minum air suam bukan cara yang berkesan untuk merawat atau mencegah virus Covid-19.
“Sama seperti minum alkohol seperti yang dilaporkan di Iran juga tidak membunuh virus,” kata Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang juga bekas Timbalan Menteri Kesihatan.
Menurut bekas pakar jantung itu, basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika anda di tempat awam akan mengawal atau mengelakkan jangkitan Covid-19.
“Saluran pernafasan dan sistem gastrointestinal mempunyai laluan yang berbeza walaupun berkongsi kawasan umum di dalam kerongkong.
“Semasa kita makan atau minum ada mekanisme untuk mencegah makanan atau minuman masuk ke dalam paru-paru (aspirasi).
“Apabila makanan atau minuman secara tidak sengaja memasuki paru-paru, ia menyebabkan pneumonia aspirasi dan akibatnya serius,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia merujuk kenyataan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba yang menyatakan amalan meminum air panas boleh mematikan virus Covid-19 baru-baru ini.
Menurut Boon Chye lagi, Covid-19 adalah jangkitan saluran pernafasan khusus saluran pernafasan yang lebih mendalam.
“Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak.
“Walaupun suhu panas dan air panas boleh membunuh virus, anda sebenarnya perlu menyiram air panas ke dalam paru-paru dan ini akan membanjiri paru-paru dan membunuh pesakit sebelum virus itu mati,” kata pemimpin PKR itu lagi.
Yang penting, katanya, duduk di rumah dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.- MalaysiaGazette
Menteri takkan nak cakap takdak harapan tunggu mati sajalah. Tugas menteri beri harapan. Kalau perlu menteri perjelas maksud beliau. Ini kalau dasar pembang… Semua tak elok. Semua pemerintah buat salah. Dah jadi macam Italy takdak gunanya. Apa yang tak baik minum air suam… Sampaikan semua orang kata salah. In dire situations like now.. We need hope. Ultraman mana ada tapi itukan harapan.. Untuk selamat kan dunia
Tak usah la lagi nak bercakap wahai bekas timbalan menteri?
Tolonglah DR.nasihatkan org2 China seluruh dunia ,jangan makan daging2 ular dan kelawar2 mentah.juga daging2 binatang2 lain mentah2.semua agama melarang.punncanya datang virus ini dari Wuhan negeri China..Amerika kata “Chinese Virus”.
Nasehat adham tentang cara menolak kuman yg sudah ada dlm mulut tekak agar masuk kedalam perut yg ada acid.
Kita x tahu sama ada virus ada dlm mulut atau tidak, so apa salahnya kita amalkan selalu minum air suam, limau nipis, lemon. Kumor2 mulut dgn air Colgate plax boleh bunuh kuman dlm mulut. Ini adalah usaha tambahan selepas basuh tangan yg membunuh kuman di luar shj.
Ada doktor yang kata pakai topeng muka dapat membantu penularan koronavirus, ada doktor yang kata tidak berkesan!
Masing2 punya pendapat!
Tak usahlah bila kata pakar tu dah besar kepala sangat?
Tak laku dah bekas menteri ni nampak gayanya….
Di China pesakit yang terkena jangkitan Chinese virus ini dibungkus2, berbeza dengan di Itali pesakit hanya memakai baju hospital yang nipis sahaja? Diantara pengamal perubatan sendiri, kaedah berbeza2!
Ini adalah jenis penyakit yang baru, selagi tiada lagi standardize SOP, janganlah DOKTOR PAKAR INI berasa BESAR KEPALA?