Dr. Nur Amalina Che Bakri

KUALA LUMPUR – Gara-gara mempertikaikan kenyataan Menteri Kesihatan mengenai amalan minum air panas dapat mengelak daripada dijangkiti Covid-19, pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri dikecam netizen.

Malah ada pihak yang seolah-olah membuat kecaman bersifat peribadi dalam menyerang Amalina kerana memberikan nasihat menyangkal kata-kata Datuk Dr Adham Baba itu.

Bagaimanapun tulis Amalina, dirinya tidak berniat apa-apa sebaliknya hanya mahu memberikan sedikit nasihat berdasarkan bukti-bukti perubatan sedia ada.

“Tidak mengapa, saya hanya berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta bukti perubatan. Saya doa yang baik-baik sahaja untuk mereka,” katanya dalam laman sosial Twitter beliau hari ini.

Semalam Amalina menyangkal saranan Adham supaya orang ramai digalakkan minum air panas bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini. Sila ikuti nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan WHO,” tegasnya.

Sambil itu, Amalina juga dalam ciapan semalam turut meletakan beberapa pautan daripada WHO yang telah menolak dakwaan minum air panas pada 26 Februari lalu.

Jelas beliau, saranan minum air untuk menghalang jangkitan Covid-19 sebagai mitos.

“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di stesen televisyen nasional tapi ini sebenarnya satu tips mitos.

“Apa yang sebetulnya ialah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk serta bersin, duduk rumah dan amalkan penjarakkan sosial pada kadar satu meter.

“Perlu dijelaskan kepanasan kira-kira 60 darjah Celcius boleh menyahaktifkan virus di luar badan tapi bila sudah di dalam badan kita, minum air panas tak akan lemahkan virus tu. Tiada bukti asid di dalam perut kamu boleh membunuh virus itu.

“Justeru itu, minum air bagus mengekalkan kamu senantiasa hidrat tetapi ia tidak akan menyebabkan virus itu tidak aktif dengan apa jua sekalipun,” jelasnya.

Dalam satu wawancara kelmarin, Adham memberikan petua minum air suam sebagai petua bagi menghalang jangkitan Covid-19.

“Virus ini tak suka panas. Jangan air itu terlalu panas sangat. Virus ini akan dinyahkan, disingkir. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.

“Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah,” kata beliau.

Bagaimanapun, baik Adham dan Amalina, kedua-duanya doktor dan masing-masing mahu bersama-sama menangani penyebaran pandemik Covid-19. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Nasehat amalina tentang cara bunuh kuman d permukaan kulit dgn membasuh nya. Nasehat adham tentang cara hendak menolak virus yg sudah ada dlm mulut tekak dgn menolak dgn air masuk kedalam perut yg ada acid.

  2. Adakah amalina dan shamsul sudah pasti bahawa virus yg ada dlm mulut tidak boleh d tolak dgn air?
    Kita x tahu sama ada virus ada dlm mulut atau tidak, so apa salahnya kita amalkan selalu minum air suam, limau nipis, lemon. Kumor2 mulut dgn air Colgate plx boleh bunuh kuman dlm mulut. Ini adalah usaha tambahan selepas basuh tangan yg membunuh kuman di luar shj.

  3. Terima kaseh lah kepada dua doktor kita ni… masing masing ada fahaman & ilmu perubatan tersendiri bak kata lain padang lain lah belalang ..mmg tak sama… tapi serupa… semoga sama sama kita berjaya mencegah menular nya virus covid 19 ini secepat nya.. aminn..

  4. Sememang nya banyak cara untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit covid 19 ini.. biar pun berlainan pendapat atau cara tapi tujuan nya sama hanya satu..mencegah dan menyembuhkan pesakit cvid 19..

  5. Both idea correct… It’s reasonable..why not doing it at home? Adding with the kerohanian activities..

  6. Nasihat yg baik tapi caranya tak betul & tak professional. Matlamat tidak menghalalkan cara. Dia boleh saja email hubungi menteri atau KP Kesihatan.

  7. Sebabtu ada orang boleh jadi menteri. Ada orang ikut skema saja sampai mati. Untuk dr muda ini, apa yg menteri buat adalah memberi harapan dan mengelakkan panik. Kalau semua nak tunggu proven dulu… Mati habih kami semua rakyat jelata…. Ingat WHO boleh buktikan semua benda. Kalau WHO terror sangat, takdakla wabak nie. Those Chinese tau lebih n even promote herbs juga… Cuba try test lah… Rakyat kena diberi harapan bukan suruh tunggu mati kat rumah dr muda oii. Belajarlah menghormati…

  8. Dikhabarkan ada doktor yang beri ubat AIDS, ada yang beri ubat MALARIA, masing2 masih try & error? Kita bukan doktor nak komen lebih2, cuma tengok2 TV sahaja!

    Pengamal perubatan masih mencari2, tiada lagi SOP atau ubat khusus!

    Janganlah lulusan luar negara nak tunjuk kononnya terlebih bijak atau terlebih pandai dari yang lain? Takut ahli2 politik MONYET tempatan akan salah guna statement anda?

  9. Kalu setakat nasihat basuh tangan, sosial distancing 1m semua orang kampung dah tahu, orang kampung kini bukannya bodoh sangat?

    Nak tunggu WHO buktikan itu ini dahulu, alamatnya satu dunia la sudah TIADA HARAPAN lagi?

Comments are closed.