KUALA LUMPUR – Pelik melihat pembangkang kini begitu lantang mengkritik kerajaan dalam usaha menangani Covid-19 yang kini sudah meragut 11 nyawa di negara ini.
Walhal sejak pandemik itu dikesan penghujung tahun lalu, ketika masih lagi bergelar kerajaan, pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang rata-ratanya berjawatan tinggi dilihat mengambil mudah sahaja wabak berkenaan.
Baru-baru ini, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Iskandar Putri, Lim Kit Siang menggesa kerajaan untuk mengagihkan penutup muka secara percuma kepada rakyat biasa dianggap tidak masuk akal.
Mengulas mengenainya, pemerhati politik, Azizi Safar berkata, kerajaan Malaysia telah membeli 10 juta penutup muka dari China dan bukan seperti tanggapan umum ianya adalah percuma.
China hanya memberikan 100,000 keping penutup muka secara percuma sebagai bantuan segera kepada negara ini hasil inisiatif Wisma Putra baru-baru ini.
“Sebenarnya tahukah anda bahawa penggunaan topeng muka di hospital-hospital yang merawat pesakit-pesakit terjangkit virus adalah 60,000 kotak seminggu?
“Satu kotak ada 50 keping. 60,000 kotak adalah bersamaan 3,000,000 keping penutup muka. Ia adalah pakai-buang, bukan boleh dipakai berulang-ulang.
“10 juta keping topeng muka untuk kegunaan selama tiga minggu sahaja oleh petugas-petugas di barisan hadapan.
“Cadangan Kit Siang supaya kerajaan agihkan secara percuma yang kononnya dapat percuma daripada China adalah tidak masuk akal dan tidak boleh pakai,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.
Kata Azizi lagi, sebenarnya petugas-petugas di barisan hadapan lebih memerlukan topeng muka daripada rakyat biasa.
“Pertama, 10 juta topeg muka bukan dapat secara percuma daripada Kerajaan China. Fahami itu. Kedua, petugas-petugas di barisan hadapan lebih memerlukannya lebih daripada rakyat biasa.
“Oleh sebab itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan memberitahu, orang biasa tidak perlu pakai topeng muka kecuali mereka ada gejala-gejala penyakit seperti batuk dan kerap bersin,” tegasnya. –MalaysiaGazette
Mmg anjing dap komunis ni blh ckp mcn tu..klu ko kaya sgt bg pcuma lh anjing dap..ko tak pyh nk myalak suruh krjaan bg pcuma..masa puak2 ko jadi krjaan apa yg ko bg pcuma..kpla babi pun kna byr masa ko jadi krjaan..mmg puak2 claka dap ni mmg sial pun..tggu lh puak2 ko..hbis maslh ni nnti..tggu lh perbicaraan akn bermula puak2 dap anjing ni..terutama ank anjing tua ni..
Kenapa tak PH sahaja yang buka kilang, dan bagi percuma kepada rakyat. Duit derma PH sampai sekarang tidak tahu kemana pergi nya. Nak kata bayar hutang 1MDB tetapi hutang tidak surut. Harap Azmin Ali bekas menteri PH dapat bercerita kemana duit tersebut.
Ia sekadar cadangan nak pertimbangkan apa masalah nya. Tak mahu di pertimbangkan juga tak jadi masalah. Maksud LKS topeng itu di beri percuma kepada rakyat yang tak mampu nak beli topeng bukan di jual dengan RM2 satu topeng satu kotak RM100. Bagi rakyat yg tidak mampu dan tidak punya duit RM100 ada lah tersangat mahal dan mereka memerlukan nya. Dari beli topeng baik beli makanan untik anak isteri. Banyak sangat ke duit yang kerajaan perlu peruntukan beli topeng dan bagi kepada rakyat yg tidak mampu beli. Buang lah 20 juta beli topemg bagi kepada yg tidak mampu mereka juga rakyat malaysia yang perlu hidup sehat seperti rakyat lain yg mampu beli topeng. 20 juta itu macam 20 ribu je bagi kerajaan. Ini lah masa nya kerajaan nak bantu rakyat.