Muhammad Yaakub Yusra

KUALA LUMPUR – Pusat Murtadha Dakwah Malaysia kesal dengan sikap orang ramai menuding jari menyalahkan jemaah tabligh sebagai punca peningkatan kes wabak Covid-19.

Pengarah Urusannya, Muhammad Yaakub Yusra berkata, secara logiknya himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu tiada kaitan dengan peningkatan wabak berkenaan.

Ini kerana, katanya, pada hari perhimpunan jemaah tabligh itu juga berlaku himpunan besar-besaran melibatkan perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara JDT melawan Kedah dan “Langkah Sheraton” di Petaling Jaya dari kalangan ratusan pemimpin politik dan media.

“Saya bukan nak cari kesalahan tetapi kalau betul kita nak membantu mengekang wabak Covid-19 ini, sepatut kita mencari atau mengesan mereka yang berhimpun selepas 11 Mac 2020.

“Iaitu tarikh yang diumumkan oleh WHO bahawa wabak Covid-19 adalah pandemik dan serentak itu juga Kementerian Kesihatan mengarahkan agar perhimpunan tidak dibolehkan.

“Bagaimanapun, selepas 11 Mac lalu, ada dua perhimpunan besar, yang lebih ramai dari jemaah tabligh berhimpun di Sri Petaling, iaitu perhimpunan Rumpun Silat Sarawak dan sambutan keagamaan Masi Magam di Teluk Bahang,” katanya dalam kenyataan yang disampaikan menerusi rakaman video semalam.

Menurut Muhammad Yaakub, himpunan silat yang mengumum tok guru silat dan peserta mencecah lebih 1,000 orang, manakala paling ramai ialah sambutan keagamaan yang mengundang hadirin lebih 30,000 orang.

Anehnya kata beliau, ketika penularan wabak Covid-19 makin serius, jemaah tabligh yang berhimpun sebelum larangan berkuatkuasa dipersalahkan sedangkan himpunan pada hari penguatkuasaan tidak dikenakan sebarang peringatan sama ada membuat perlu hadir membuat saringan atau rawatan di hospital.

“Ketika negara didatangi ujian Covid-19, ramai pula menghalakan lensa kameranya menyalahkan golongan tabligh. Saya bukanlah orang yang terlibat secara langsung dengan tabligh tetapi kita nak bagi fakta agar kita semua terselamat dari fitnah,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, ketika perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling itu, WHO belum mengisytiharkan apa-apa hal berkaitan Covid-19, malah sepanjang program itu pun Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan arahan menghalang sebarang bentuk perhimpunan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Punca kesalahan adalah pada kerajaan pH dulu yg x mahu tutup pintu keluar masuk negara walaupun telah d minta oleh Pas umno dn org ramai dlm ruang komen. Wabak bermula dari December dn meningkat tinggi di China, jepun Korea iran pada awal Mac tapi pH maseh x mahu tutup pintu rapat2. Maseh lagi d benarkan sebahagian dari China, dn benarkan rakyat keluar negara.

    Selepas pn ambil alih 10 Mac, umno dn Pas lambat pula suruh tutup pintu hingga 8 hari kemudian baru nak tutup.
    Rakyat patut minta peguam2 siasat kesalahan pH yg berkeras x mahu tutup pintu dari awal, dn saman setiap YB pH supaya beri bantuan kpd rakyat yg tiada pendapatan. Batalkan party pH kerana sebahagian rakyat terbunuh kerana kedegilan pH.

  2. Apalah punya bodoh orang2 Tabliq ni. Tak payah dok perbetul benang yang basahla! KKM buat pengumuman berdasarkan statistik yang terbentang luas bahawa jumlah PUI dan confirmed Covid-19 dan yang mati adalah dari cluster Tabliq. Apa mau cakap lagi? Tak ada dengar dari cluster bolasepak atau mahaguru silat pun dan kluster orang Hindu kat Penang yang 30,000 tu lagi.

  3. Jangan kerek la cracktech…kluster silat, bolasepak n kluster hindu hang tu dh buat saringan kerrr..Sila berfikir secara kritikal..selagi x de saringan kita x tahu kemungkinan besar telah ada penularan wabak ini oleh mereka…

Comments are closed.