Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dilanjutkan kepada enam bulan berbanding tiga bulan seperti yang diumumkan sebelum ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam itu berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 September ini.
“Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan.