Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari itu dalam sidang media khas di sini bagi membantu meringankan beban rakyat yang kehilangan sumber pendapatan berikutan wabak COVID-19.
Beliau berkata, insiatif yang bermula 1 April ini dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.