KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rakyat tempatan berusia 71 tahun menjadi korban terbaharu wabak Covid-19 di negara ini.
Allahyarham merupakan ke-1519 berasal dari Melaka, lapor CPRC Kebangsaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19 (kes ke-703 yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling).
“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020.
“Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.
“KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” kata Dr Noor Hisham dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.
Semalam empat kematian dilaporkan akibat penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette