Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Industri Pertahanan Tempatan telah memulakan penggunaan dron untuk mengawasi pergerakan orang awam sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan Covid-19.
Panglima ATM, Tan Sri Affendi Buang berkata, dron itu akan digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian di 12 kawasan titik panas di seluruh negara terutama sekali ibu kota bagi membantu pasukan penguat kuasa memantapkan lagi kawalan PKP.
Menurutnya, penggunaan dron secara tidak langsung meningkatkan keupayaan ATM menggunakan teknologi untuk membuat kawalan dari udara sekaligus memperkasa keefisienan tentera dalam menguatkuasakan undang-undang.