Serbuan serta pemeriksaan kesihatan terhadap lebih 400 warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi mendapati 10 daripadanya mereka berkemungkinan suspek Covid-19.
Ops Covid-19 itu merupakan hasil kerjasama Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Wilayah
Persekutuan, Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Saringan dilakukan di kawasan pasar borong yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja warga asing itu bebas daripada wabak pandemik Covid-19 yang kini sudah meragut 14 nyawa di negara ini.
MalaysiaGazette difahamkan, lapan daripada suspek itu mengakui ada menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini yang kini menjadi antara kluster utama penularan Covid-19