KUALA LUMPUR – Hospital Pantai Laguna Merbok sudah membuka operasinya kepada para pesakit selepas keseluruhan hospital itu selesai kerja-kerja pembersihan.
”Perkhidmatan klinikal telah buka semua dan semua pesakit boleh meneruskan rancangan untuk mendapatkan rawatan.
”Keutamaan kami adalah meneruskan penjagaan kesihatan dan keselamatan komuniti terutama semasa penularan wabak ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan.
Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup selepas ia mengesahkan kes pertama Covid-19.
Semua kakitangan yang kontak dengan pesakit berkenaan juga telah dikenalpasti dan diletakkan dalam kuarantin mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette