KUALA LUMPUR – Malaysia telah menerima 35,000 topeng muka, K95 dan 1,120 pakaian keselamatan (protective clothing) daripada sebuah pasukan pengumpul dana China.

Menurut Kementerian Luar, syarikat penerbangan tambang murah, AirAia telah menerbangan topeng muka dan pakaian itu secara percuma.

“Wisma Putra mengucapkan penghargaan tidak terhingga kepada China dan penduduknya dan juaga AirAsia kerana kemurahan hati dan kebaikan mereka,” katanya menerusi akaun Twitter.

Katanya, Konsul Besar Malaysia di Guangzhou, Beh Ching Chye telah menerima subangan itu bagi pihak kerajaan.

Pada 16 Mac lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, China sedia membantu membekalkan peralatan perubatan yang diperlukan termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast