Masih terlalu awal untuk membuat andaian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan hingga bulan Ramadan yang akan bermula pada 24 April ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh PKP sama ada dilanjutkan atau sebaliknya bergantung kepada keputusan dua minggu akan datang.
“Kita hanya akan tahu selepas minggu pertama bulan April untuk melihat bagaimana kami telah melakukan (perkembangan PKP).
“Jika kita boleh terus menurunkan corak semasa dan tidak ada kenaikan kes, maka saya fikir kita boleh membuat keputusan dengan selamat,” katanya pada sidang media di KKM, hari ini.