Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan kluster jemaah tabligh antara penyumbang utama kepada peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Hulu Langat, Selangor.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan yang dilaksanakan pihak mendapati berlaku peningkatan kepada 91 kes positif khususnya di Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
“Asalnya, kita dapati ada 71 kes, apabila kita masuk dua hari lepas, kita dapati ada peningkatan hingga 91 kes, satu kes di luar madrasah, dan 91 kes di dalam Batu 21 hingga Batu 24.
Kluster besar kemungkinan sebab ada kaitan dengan jemaah tabligh.