Seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya Op Covid-19 dijalankan di Persiaran Surian, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 31 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Wanita yang memaki pasukan polis dan tentera semasa sekatan jalan di Persiaran Surian di Petaling Jaya semalam direman sehari.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan sebelum tindakan pendakwaan dibuat.

“Dimaklumkan bahawa wanita yang hilang sabar ketika sekatan jalan pagi semalam direman sehari.

“Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk rujukan pendakwaan,” katanya.

Artikel berkaitan: ‘Hoi stupid idiots!’… maki polis di sekatan jalan raya wanita ditahan

Semalam wanita berusia 30-an itu menjerit “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!” kepada pasukan polis dan tentera yang sedang menjalan tugas di lokasi berkenaan.

Beliau yang dipercayai berang kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat sekatan itu juga telah membunyikan hon hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan untuk pulang ke kediamannya.

Ekoran tindakannya itu wanita tersebut dibawa ke Balai Damansara semalam.

Ezanee ketika mengulas insiden itu berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung penularan Covid-19 yang kini telah mengorbankan 43 nyawa di Malaysia. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Hukuman mandatori je..
    Rakyat yg tidak prihatin dan biadap serta tidak mematuhi undang2.
    Tiada alasan untuk kurangkan hukuman.

  2. hukuman berat kpd bangsa biadap chinesevirus Dapig xtahu terimakasih pengorbanan pdrm ,atm,kmm ,PN dll

Comments are closed.