Produk Taté Pure Thanaka ini didatangkan dalam bentuk serbuk iaitu Taté Organic Pure Thanaka dan topeng wajah iaitu Taté Rice Mask & Scrub.

KUALA LUMPUR – Khasiat pokok Thanaka yang tumbuh di Myanmar bukan rahsia, malah telah digunakan oleh masyarakat di negara itu sejak 2,000 tahun lalu untuk melindungi dan mencantikkan kulit.

Batang pokok Thanaka yang dipotong kecil kemudian digiling menjadi serbuk kayu lalu dicampurkan dengan air untuk membentuk pes iaitu kosmetik semulajadi penduduk tempatan sebelum disapu pada wajah.

 

Thanaka mengandungi dua sebatian aktif iaitu coumarin dan marmesin yang menyumbang sifat anti-bakteria, anti-kulat, anti jerawat dan anti-penuaan.

Batang pokok Thanaka digiling menjadi serbuk kayu lalu dicampurkan dengan air sebelum disapu pada wajah.

Dipasarkan oleh Danish Empire Angels (DEA) sejak tujuh tahun lalu, produk Taté Pure Thanaka ini didatangkan dalam bentuk serbuk iaitu Taté Organic Pure Thanaka dan topeng wajah iaitu Taté Rice Mask & Scrub.

Menurut wakil jualannya, M Effendi, cuaca panas di Myanmar menyebabkan penduduknya terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang melampau.

“Bagi melindungi kulit mereka, orang-orang Myanmar sejak dahulu kala mengunakan serbuk kayu Thanaka sebagai alternatif semula jadi dan efisien untuk perlindungan pancaran matahari.

“Fungsinya sama seperti losyen pelindung sinaran pancaran ultra unggu matahari (UV), bermakna masyarakat di negara itu sebenarnya telah maju kehadapan dalam penggunaan bahan sedemikian,” ujarnya.

Menurut Effendi, Thanaka juga bersifat anti-oksidan yang tidak berminyak yang mengisi semula nutrien penting untuk kulit bagi melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan kedutan dan garis halus.

Jelasnya lagi, dengan kandungan vitamin E yang tinggi, Thanaka adalah antioksidan semula jadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan udara yang tercemar.

“Ia juga berfungsi sebagai bahan pelembap berkesan, mengurangkan kesan penghidratan dan penyejukan menjadikannya sesuai untuk si pemakainya terdedah pada matahari.

“Produk ini juga sesuai dan selamat digunakan pada bayi, ibu mengandung, remaja hinggalah golongan berusia.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kedua-dua produk ini, Taté Organic Pure Thanaka dijual pada harga RM39.90 manakala Taté Rice Mask & Scrub pula RM29.90 tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Instagram, Twitter dan Facebook tateskincare dan blog danishempire.blogspot.com atau menghubungi menerusi WhatsApp ke talian 012-2497 979.-  MalaysiaGazette