Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Sebanyak 138 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikesan positif akibat wabak Covid-19 setakat jam 12 tengahari semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di fasiliti KKM.

“Sebanyak 58 kes daripadanya berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. 14 kes berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan kes bergejala ringan di mana mereka tidak tahu atau tidak memaklumkan status mereka.

“Dua kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham juga berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak sembilan kes adalah kontak dengan ahli keluarga yang positif Covid-19.

“Enam kes pula ada sejarah melawat ke luar negara, 4empat kes pula daripada rakan yang positif Covid-19, tiga kes daripada pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan dan dua kes telah hadir perhimpunan di Seri Petaling.

“Baki kes iaitu 42 kes masih dalam siasatan punca jangkitan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast