Kami terpaksa ikat perut jika PPj arah bayar sewa

Lebih 200 keluarga di Pangsapuri Perbadanan Putrajaya yang terdiri daripada penyewa golongan B40 mengakui mereka terpaksa mengikat perut masing-masing sekiranya pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) tetap melaksanakan arahan bayaran sewa bulanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).