LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan had umur pemain bola sepak lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 daripada 23 tahun kepada 24 tahun.
Langkah itu akan membolehkan pemain yang layak beraksi pada Sukan Olimpik yang sepatutnya berlangsung tahun ini terus layak bermain pada temasya sukan yang akan diadakan pada Julai 2021 kerana ditangguhkan ekoran penuranan wabak COVID-19.
Pemain yang lahir pada 1 Januari 1997 akan dibenarkan untuk bermain pada Sukan Olimpik tahun hadapan.
Bagaimanapun ia masih belum disahkan oleh FIFA.
Perlawanan bola sepak sepatutnya berlangsung sebelum upacara pembukaan pada 23 Julai 2021.
Malahan tiga pemain senior yang melebihi umur 24 tahun masih dibenarkan beraksi dalam pasukan Olimpik seperti mana sebelum ini.
Sementara itu, FIFA juga mengesyorkan supaya semua perlawanan bola sepak lelaki dan wanita di peringkat antarabangsa ditangguhkan sehingga penularan wabak COVID-19 dicegah sepenuhnya. – Agensi