Lebih 200 keluarga di Pangsapuri Perbadanan Putrajaya yang terdiri daripada penyewa golongan B40 mengakui mereka terpaksa mengikat perut masing-masing sekiranya pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) tetap melaksanakan arahan bayaran sewa bulanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Sabri Yusoff, 52, lebih 70 peratus penyewa di sini kini menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat bekerja. Ia memberikan kesan ekonomi kepada penduduk yang rata-ratanya adalah peniaga kecil.
“Walaupun saya sewa dan dipotong melalui syarikat tapi kalau tidak dikecualikan macam DBKL dan Labuan, terasa jugak.