Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN tambahan) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi sedikit kelegaan kepada para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Ini kerana mereka antara golongan yang sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Justeru, katanya, apa yang diharapkan kini adalah pelaksanaan yang telus secara berkesan bagi membolehkan PKS yang layak dapat segera menikmati inisiatif ini.

“Saya menyambut baik pengumuman Pakej Prihatin Tambahan berjumlah RM10 bilion oleh Perdana Menteri hari ini yang ternyata cakna dengan situasi semasa dan maklum balas dari pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin UMNO setelah pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Mac tempoh hari,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, beberapa inisiatif telah diumumkan dan semuanya berkait dengan beberapa prinsip seperti membantu aliran tunai syarikat yang menggajikan ramai rakyat Malaysia, menangani ancaman pengangguran serta mengurangkan birokrasi dalam soal kelayakan dan pelaksanaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pakej tambahan PKS berjumlah RM10 bilion

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast