Pengarah Projek Face Shield Heroes, Zulhimi Bachok.

KUALA LUMPUR – Negara masih lagi kekurangan pelindung muka atau face shield berikutan peningkatan kes Covid-19 termasuk kes import dari negara berisiko, Itali baru-baru ini.

Pengarah Projek Face Shield Heroes, Zulhimi Bachok tidak menolak kemungkinan berikutan peningkatan kluster ketiga penyebaran pendemik itu, negara memerlukan lebih banyak pelindung muka untuk petugas barisan hadapan sepanjang krisis yang berlaku sekarang.

Sehingga ke hari ini, pihak pengurusannya menerima lebih daripada 50,000 permintaan pelindung muka daripada hospital dan klinik kesihatan.

“Setelah melihat data yang dikumpul ternyata pihak Projek Face Shield Heroes perlu menambah pengeluaran pelindung muka melebihi 20,000 memandangkan masih ada lagi permintaan daripada pihak hospital dan klinik kesihatan yang memerlukan.

“Justeru, sebanyak 18 NGO yang terlibat di bawah gabungan ini sedang berkerja keras untuk mencukupkan dana sebanyak RM60,000.

“Usaha Gabungan NGO Face Shield Heroes Malaysia dan hampir 300 orang sukarelawan untuk membantu meringankan beban pasukan hadapan diharap tercapai apabila telah menyalurkan lebih daripada 30,000 pelindung muka kepada mereka melebihi daripada sasaran awal projek iaitu 20,000 pelindung muka,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zulhimi berkata, kejayaan menghasilkan pelindung muka bagi membantu pasukan hadapan melebihi daripada sasaran 20,000 juga disebabkan oleh kerjasama para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Penglibatan komuniti Taman Tun Dr. Ismail dan TikTok Malaysia contohnya telah menyumbang ke arah penghasilan pelindung muka untuk projek yang sama.

“Tidak lupa juga kepada sukarelawan pelajar Universiti Malaya, sukarelawan di rumah, dan juga daripada NGO di bawah gabungan Face Shield Heroes Malaysia,” katanya lagi.

Orang ramai atau organisasi yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh menderma melalui link berikut: https://www.billplz.com/faceshieldheroes– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast