Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas sepupunya terlantar di Hospital Tawau, dipercayai akibat ditikam dan dipukul di kawasan antara Lorong Jalan Merdeka 3 dan bank CIMB di Fajar di sini, awal pagi tadi.
File picture

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemukan mati disyaki dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga di tingkat dua pangsapuri itu kira-kira pukul 1 pagi.

“Hasil siasatan polis mendapati kesan kecederaan di kepala dan leher lelaki berusia 25 tahun itu. Kami telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa dan saksi kejadian kes itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Nik Ezanee berkata polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai rakan sekolah lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.

“Punca kejadian dan senjata yang digunakan masih dalam siasatan,” katanya sambil memberitahu mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast