TERKINI : Gadaian Emas Dijangka Meningkat Selepas Tamat PKP – Parihah Hasan

Koperasi YaPEIM Bhd. menjangkakan jumlah gadaian di Ar Rahnu YaPEIM meningkat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan berkata, ar-rahnu yang juga merupakan salah satu cabang mikro-kredit merupakan antara jalan termudah, selamat dan amanah untuk mendapatkan pinjaman.

Tambahnya, menurut perspektif ar rahnu, gadaian adalah satu urusniaga produktif kerana ia digunakan untuk tujuan perniagaan dan pendidikan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast