MADRID – Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid mengumumkan potongan gaji pemain sebanyak lebih 20 peratus ekoran pandemik Koronavirus 2019 (Covid-19).
Sejak Mac lalu La Liga ditangguhkan ekoran Sepanyol telah terjejas terus akibat Koronavirus selepas mencatatkan angka kedua tertinggi kematian selepas Itali.
Kini pemain Real akan menerima potongan gaji antara 10 hingga 20 peratus dalam gaji mingguan masing-masing.
Ia adalah sangat rendah berbanding Barcelona yang melaksanakan potongan gaji pemain sebanyak 70 peratus.
Kenyataan rasmi Real Madrid mengesahkan tindakan potongan gaji melibatkan kedua-dua pasukan bola sepak dan bola jaring.
“Para pemain dan jurulatih kelab kedua dua pasukan pertama sejajar dengan dasar pengarah kelab bersetuju secara sukarela untuk menurunkan gaji tahun ini antara sehingga 20 peratus ekoran keadaan semasa yang akan menjejaskan musim liga 2019/20.
“Keputusan ini diterima sebulat suara oleh pemain, jurulatih dan pekerja kelab bagi mengelak pekerja lain bagi menghadapi krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Namun Leeds United pula mengambil keputusan berani menaikkan gaji pemain kelab itu.
Keputusan itu dibuat sebagai ganjaran mengharungi Covid sementara kejuaraan digantung akibat wabak maut itu.-MalaysiaGazette