Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membelanjakan sebanyak RM102 juta untuk membantu pihak-pihak yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
Menterinya, Senator Datuk Dr Zuklifli Mohamad Al-Bakri berkata, wang tersebut diambil daripada agensi-agensi di bawah jabatannya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) dan lain-lain.