Dr. Mazrina Mohd. Ibramsa

PULAU PINANG – Lebih 2,000 peniaga dan peruncit menyertai Program Transformasi Digital Untuk SME yang diadakan secara online menerusi platform webinar selama empat hari bermula hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara melalui kerjasama dengan Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) bagi mengisi masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohd. Ibramsah berkata, program itu yang turut mendapat kerjasama dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di wilayah Utara yang
meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Menurut beliau, pihaknya mengharapkan program tersebut dapat memberi manfaat dan idea baharu kepada peserta dalam membantu peniaga dan peruncit meningkatkan produktiviti perniagaan melalui pendekatan baharu iaitu penggunaan teknologi digital.

Selain itu katanya, program tersebut turut memberikan platform kepada peniaga dan peruncit untuk membuat business matching di antara pembekal perkhidmatan digital dan usahawan.

“MPC telah menerima banyak maklum balas positif daripada peserta di mana program ini adalah merupakan platform terbaik untuk memberi kesedaran kepada peniaga dan peruncit dalam pemasaran digital supaya memasarkan produk ke peringkat yang lebih luas.

“Malah, pihak kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MPC Wilayah Utara dan RFBPN kerana telah melaksanakan inisiatif ini yang akan meningkatkan produktiviti negeri,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr. Mazrina memberitahu, program ini membentangkan beberapa topik menarik antaranya mengenai Digital Pemasaran, Penghantaran Melalui Digital Platform, e.Marketplace, e-Dompet dan e-Bayaran.

“Perkongsian maklumat ini telah disampaikan oleh beberapa pembekal perkhidmatan pemasaran digital terkenal antaranya Shopee Malaysia, Avana, Boost, PayNet, JD MAS, MyCar, VTPonline.my dan GoShareLah,” katanya. – MalaysiaGazette