KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 5 sen, masing-masing kepada RM1.55 dan RM1.25 seliter untuk tempoh 11 April hingga 17 April ini.

Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.58 seliter kepada RM1.46 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada pada paras rendah ekoran pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast