BERLIN – Arjen Robben mendedahkan isterinya, Bernadien dijangkiti penyakit Covid-19 dan menghadapi kesukaran untuk bernafas sepanjang tempoh melawan pandemik maut itu.
Bekas pemain Chelsea dan Bayern Munich itu menyatakan isterinya bergelut untuk pulih semula dari virus itu.
Dia juga menyanjung sokongan rakan-rakannya semasa menghadapi krisis tersebut bersama isteri kesayangannya selepas dikuarantinkan.
Roben dan pasangannya dihadkan keluar rumah dan dibantu rakan-rakannya menghantar barang runcit untuk keperluan harian mereka.
“Saya bernasib baik kerana dianugerahkan kawan-kawan yang begitu berhati mulia yang sentiasa membantu kami sepanjang tempoh bergelut dengan Covid-19.
“Ada juga pesanan barang runcit yang ditinggalkan di pintu masuk dan kami hantar bil kemudian.
“Saya memang risau tentangnya (isteri) tetapi bersyukur dia diuji negatif Covid-19 dan kini dia dalam berkeadaan baik,” ujarnya.-MalaysiaGazette