Daniel Levy

LONDON – Bayar £200 juta pound dan Harry Kane milik anda!

Itu kata dua Tottenham Hotspurs kepada Manchester United yang sedang mengintai khidmat bintang England itu sejak awal musim ini seperti laporan media di England.

Walaupun dunia berdepan pandemik Covid-19 sehingga segala aktiviti urusniaga termasuk sukan ditangguhkan, ia tidak menghalang kelab bola sepak berbincang mengenai pemain yang mahu direkrut akhir musim ini.

Pengerusi kelab itu, Daniel Levy mendakwa akan membenarkan Harry Kane menyertai the Red Devils untuk rekod dunia bernilai £200 juta sekirnya kelab Theatre of Dreams itu sanggup membuka buku cek bank dengan dana yang besar.

Ia juga dianggap satu langkah kelab menyelamatkan kekangan kewangan kelab dalam pembayaran gaji pemain ekoran pandemik Koronavirus 2019 kali ini.

Levy dilaporkan sudah jelas dengan pendiriannya mahu melepskan Kane ke kelab lain.

Spurs bimbang dengan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung kelab itu ekoran perintah berkurung akibat Covid-19 di United Kingdom melebihi kelab Liga Perdana Inggeris yang lain apabila masih menjelaskan hutang stadium berjumlah £1 bilion.

Harry Kane sedia dilepaskan oleh Spurs ke Old Trafford akhir musim ini.

Spurs dilaporkan mempunyai pinjaman £637 juta untuk stadium baharu mereka dari bank tempatan.

Kane yang tidak beraksi sejak Januari lalu akibat kecederaan otot difahamkan akan meninggalkan White Hart Lane sekiranya kelab itu tidak menang sebarang gelaran liga musim ini.

Andai kata transaksi £200 juta untuk Kane dicapai kedua-dua kelab itu, ia akan memadamkan rekod pembelian yang dilaksanakan PSG terhadap Neymar dari Barcelona dengan nilai £198 juta pada 2017.-MalaysiaGazette