Foto Ihsan Pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 881 premis diperiksa di seluruh ibu negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, ia bagi memastikan bekalan mencukupi dan peniaga patuh kepada undang-undang khususnya melibatkan tanda harga dan tidak mengambil kesempatan mencatut.

Jelas agensi itu, pemeriksaan turut melibtakan premis yang berdekatan kawasan perumahan dan bukan hanya di pasar raya di pusat bandar.

“Pemeriksaan di pasar basah di pasar harian Selayang pagi semalam telah merekodkan tiga kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual dan telah ditawarkan kompaun serta merta sebanyak keseluruhan RM400.

“Para peniaga yg menjual barangan keperluan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan sepanjang tempoh PKP ini berkuatkuasa.

Pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sepatutnya peniaga ini bersyukur kerana masih dibenarkan untuk terus menjalankan perniagaan dan juga wajib mematuhi undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan termasuklah mempamerkan tanda harga, dan tidak mengambil keuntungan secara tidak munasabah.

“Penalti tinggi akan dikenakan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang tersebut.
Pemantauan juga mendapati bekalan topeng muka dan hand sanitizer semakin mudah di dapati di pasaran berbanding sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut memaklumkan tindakan penguatkuasaan terus dipertingkatkan melibatkan pemeriksaan di pelbagai peringkat pemborong, pasar raya besar serta peruncit termasuklah kedai biasa dan pasar basah.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP melalui:

(i) Portal [email protected]

(ii) Call Centre 1800 886 800

(iii) Emel [email protected]

(iv) aplikasi telefon pintar Ez ADU

(v) Enforcement Command Centre (ECC) Putrajaya 03-8882 6245 / 6088

(vi) Whatsapp ke 019- 279 4317. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast