KUALA LUMPUR – Kedutaan Arab Saudi menyampaikan sumbangan makan tengahari sebagai penghargaan petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sumbangan itu melibatkan 1,000 pek menu dan majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Pasukan polis termasuk dari IPK KL antara pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menguatkuasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh kerajaan.
Kawasan ibu kota antara kawasan yang terbanyak mencatatkan zon merah Covid-19.- MalaysiaGazette