Polis Selangor hari ini mengesahkan terdapat sekumpulan warganegara Myanmar telah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kilang di Sepang semalam.
Jurucakap Polis Kontinjen Selangor Op Covid-19, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, susulan pelanggaran itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa kita menerima maklumat tersebut yang disiarkan di Facebook.