Dr Kev Lim

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memilih empat syarikat perkhidmatan kesihatan dalam talian bagi membangunkan sistem ‘Online Appointment’ termasuk QueueMed milik alumni UCSI University bagi mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan khususnya semasa pandemik Covid-19 melanda.

Melalui sistem ‘Online Appointment ini, orang ramai boleh memilih slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan namun ia hanya untuk penyakit ringan sahaja.

Kaedah ini bagi boleh mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada suatu masa selaras dengan amalan penjarakan sosial yang dinasihatkan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif QueueMed, Dr Kev Lim berkata, pihaknya menyediakan saluran tempahan temujanji di klinik dan hospital bagi mengelakkan waktu menunggu yang lama serta menyediakan khidmat pembayaran secara dalam talian (e-payment).

Katanya, sehingga kini syarikatnya itu telah berjaya membantu 75,000 pesakit dengan lebih 120,000 tempahan temujanji dibuat dengan klinik dan hospital.

Beliau melihat potensi digital yang meluas boleh dibangunkan dalam sektor kesihatan di negara ini lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada saat ini.

“Sektor kesihatan mungkin berdepan dengan corak inovasi yang paling pantas, yang mana ia boleh datang daripada pelbagai bentuk, tiada yang mustahil sekarang ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast