MIT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) menggalakkan syarikat yang sudah mendapat kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 dan 2 membuat permohonan baharu jika mahu mendapatkan surat kelulusan dengan format baharu.

Surat kelulusan format baru mempunyai kod QR bagi memudahkan pemeriksaan maklumat syarikat mereka, sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, MITI memaklumkan kelulusan operasi syarikat yang telah diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)t untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP fasa 1 dan 2 masih terpakai sepanjang PKP fasa 3.

Dalam pada itu, MITI turut menjelaskan isu konfigurasi sistem permohonan untuk syarikat beroperasi pada tempoh PKP Fasa 3 yang dipanggil Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 2.0 kini sedang diperhalusi dan dinaiktaraf.

Usaha ini dijalankan bersama pihak CyberSecurity Malaysia dan beberapa pakar industri ICT daripada sektor swasta.

MITI menjangkakan sistem permohonan akan dapat diteruskan pada pukul 3 petang dan MITI memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi syarikat-syarikat di atas kerja-kerja naik taraf konfigurasi sistem sebelum ini.

Bagaimanapun, syarikat masih boleh membuat permohonan dan mereka disarankan untuk terus ke pautan application.miti.gov.my, dan bukan ke alamat laman web MITI (www.miti.gov.my).

Tambah MITI, permohonan syarikat tidak dapat diterima apabila sistem CIMS 2.0 diselenggarakan pada jam 12 malam
hingga 6 pagi setiap hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast