Beberapa kawasan di sekitar Cheras hari ini menjalani proses nyah cemar yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.
Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan Ops Sanitasi Awam berkenaan termasuk kawasan industri dan taman-taman perumahan seperti Taman Melur, Cheras Baru, Taman Bukit Permai dan Taman Lembah Maju.