Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 18 Mei walaupun sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, disebabkan keadaan wabak COVID-19, jumlah wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen mungkin dihadkan.

Beliau bagaimanapun berkata, siaran langsung persidangan akan dijalankan seperi biasa.

Katanya kepada Sinchew Daily, Parlimen buat masa ini hanya membenarkan media rasmi iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan dan pasukan media Parlimen untuk membuat liputan.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika dihubungi berkata, Parlimen akan mengambil langkah berjaga-jaga jika sidang Dewan Rakyat diadakan dalam tempoh PKP.

“Dalam mesyuarat melibatkan pegawai Parlimen pada minggu lalu, kami berbincang supaya hanya Ahli Parlimen sahaja yang boleh masuk dewan.

“Jumlah pegawai kerajaan dan petugas media juga akan dihadkan,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen perlu menerima saringan COVID-19 sebelum tarikh mesyuarat dan suhu mereka juga akan diambil sebelum memasuki Parlimen.

2 Komen

  1. Gila… Dlm masa rakyat di larang berhimpun dan di suruh menjarak diri 1 meter, YB gila nak bersidang. Mana contoh nak tunjuk pd rakyat.?
    Ini semua YB PH yg gila nak bersidang. Polis boleh tangkap ni. Sumbat belaka dlm lokap. Nak kata cerdik, tindakan bodoh. Mcm ni ker jd pemimpin. Duit dah takde sgt ke, nakkn elaun sidang n milage? Rakyat di suruh duduk rumah YB nak melilau

Comments are closed.