RIYADH – Penduduk Arab Saudi akan menunaikan solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di rumah jika penularan wabak Covid-19 berterusan, kata Mufti Besar, Abdul Aziz bin Abdullah bin Mohammed Al El-Sheikh seperti dipetik akhbar, Okaz.
“Solat sunat tarawih boleh dilakukan di rumah jika ia tidak boleh dilakukan di masjid kerana langkah yang diambil untuk memerangi wabak koronavirus,” katanya yang merujuk kepada satu soalan sambil menambah perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap solat sunat Aidilfitri.
Terdahulu Kementerian Hal Ehwal Agama Islam dan Dakwah Arab Saudi mengumumkan bahawa solat sunat tarawih semasa bulanĀ Ramadan hanya akan dilakukan di rumah berikutan larangan solat di masjid tidak ditarik balik sehingga penularan wabak koronavirus berakhir.
Akhbar Al Riyadh memetik Menterinya, Dr. Abdul Latif Al Sheikh berkata: “Larangans sementara solat fardhu lima kali sehari di masjid adalah lebih penting daripada larangan sementara solat sunat tarawih
“Kami memohon Allah menerima solah sunat tarawih sama ada di dilakukan di masjid atau rumah yang mana kami fikir ia adalah lebih baik untuk kesihatan orang ramai.
“Kami memohon Allah menerima solat kita semua dan melindungi manusia daripada wabak ini yang menyerang seluruh dunia,” kata beliau. – Agensi