Sebaik sahaja melangkah masuk, kami terus dibawa ke sebuah blok kurungan yang menempatkan banduan-banduan yang bekerja di dalam penjara tersebut. Tiba-tiba kedengaran alunan bacaan Al-Quran yang sungguh syahdu dan mendamaikan. Pelantun suaranya adalah seorang banduan yang masih muda.
Saya kira umurnya dalam awal 20an. Rupanya sejak negara dilanda wabak Covid-19, banduan-banduan yang bekerja di bengkel jahitan di situ berusaha lebih lapan jam sehari untuk menyiapkan sekurangnya 432 set pakaian PPE.