KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal membendung kluster himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Membidas kenyataan itu, Syed Saddiq berkata, Adham perlu tahu siapa Menteri Dalam Negeri ketika itu.
“Adakah YB sedar bahawa Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab semasa kluster tabligh adalah YAB Perdana Menteri kini Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bila nak menuduh, biar cerdik,” katanya di Twitter.
Dr Adham semalam berkata, sekiranya kerajaan PH ketika itu berjaya membendung penularan Covid-19, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.
“Pada 10 Mac, ada kluster baru yang muncul, yang kerajaan sebelum ini tidak dapat bendung iaitu kluster tabligh.
“Ia (himpunan di Masjid Sri Petaling) berlaku daripada 27 Februari hingga 3 Mac. Ia sungguh besar, sehingga hari ini, kita tidak dapat menghentikan (sepenuhnya) penularannya. Masih ada kes-kes daripada kluster ini yang telah menular sehingga generasi kelima.
“Jika kluster tabligh dapat dihalang, sebenarnya gelombang kedua tidak akan berlaku. Kita mungkin ada kluster kecil sahaja,” kata Adham ketika sesi telesidang dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, yang dimuat naik di Facebook.
Kluster Seri Petaling adalah punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia. – MalaysiaGazette
Memanglah KDN punya kuasa meluluskan aktiviti tu tetapu atas nasihat siapa kelonggaran itu diberi kalau buka Menteti Kesihatan yang bengap tu. Sebab ikut telunjuk PM dan TPM. Tahun melawat Malaysia katakan.